Tentang Kami
Moringa Balik Pulau . Coriz Agriculture
Coriz Agriculture merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2017, berfokus kepada pembangunan dan pengeluaran produk berasaskan Moringa. Syarikat ini mengusahakan ladang organik seluas 4 ekar yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sebagai pusat sehenti, Coriz Agriculture terlibat dalam keseluruhan rantaian nilai Moringa termasuk penanaman, pemprosesan, penghasilan serta pemasaran produk dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, tablet dan produk hiliran (Tier-2).
Nikmati khasiat semula jadi daripada daun moringa yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, dan nutrisi penting untuk membantu menyokong kesihatan harian anda.

